Wednesday 17 September 2008

Iftar Ramadhan Perdana



17 Ramadhan 1429 iaitu kelmarin , PAS Kawasan Pekan dengan kerjasama semua dewan-dewan dalam PAS Kawasan serta komitmen yang tinggi dari pihak AJK Surau Taman Sepekan Jaya telah berjaya melaksanakan program berbuka serta sumbangan kepada golongan masyarakat mustadaffin sekitar DUN Peramu Jaya.

Program yang bermula jam 6 petang dengan penyampaian sumbangan kepada fakir miskin yang berbentuk keperluan asas seperti beras dan gula serta wang tunai seadanya telah berjaya mengenalpasti golongan ini seramai 40 orang penerima.
Sumbangan juga turut disempurnakan dengan penyampaian sumbangan kepada remaja yang keluarga mereka kurang mampu dianjurkan oleh NISA Kawasan Pekan bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung.Program ini yang dikenali dengan nama Small Kindness telah menjadi rutin tahunan NISA Kawasan Pekan.

Kemeriahan Iftar Ramadhan Perdana ini diserlahkan lagi dengan kehadiran hampir 300 tetamu yang hadir dari seluruh pelusuk Parlimen Pekan.

Program ini yang turut dihadiri Ketua Ulamak PAS Negeri Pahang merangkap Yang Dipertua PAS Pekan Al Fadhil Ust Abu Kassim Manaf diakhiri dengan slot tazkirah menarik menggunakan power point oleh penceramah terkenal Ust Suhaimi Saad yang juga merupakan tenaga besar Dewan Pemuda PAS Pahang.

No comments: