Monday 29 September 2008

TUNDUKKANLAH HATIMU

Dari bibir Abu Hurairah..diriwayatkan secara sahih oleh Bukhari dan Muslim

`Demi Tuhan yang jiwa Abu Hurairah berada di tanganNya,Rasul SAW serta keluarganya tidak pernah kenyang makan roti gandum selama tiga hari berturut hingga kepada kewafatan baginda`

Sifat yang perlu ada untuk menjadi insan zuhud..
- Redha dengan kurniaan Allah
- Tidak terpesona dengan dunia
- Menjauhi perkara syubahat
- Sabar dan tidak mengeluh
- Hidup bersederhana
- Suka bersedekah
- Tidak suka meminta minta
- Menggunakan kelapangan dunia untuk kebahagiaan akhirat

cebisan buku TGNA - Tundukkan Hati

Saturday 27 September 2008

IFTAR JAMAEI PEMUDA PAS PEKAN

17 Ramadhan 1429 Hijrah, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan telah berjaya mengadakan program Iftar Jamaei bersama PAS kawasan Pekan bertempat di Surau Al Ehsan Sepekan Jaya Pekan.

Program bermula pagi dengan gotong royong memasak jamuan berbuka dengan kehadiran ramai ahli Pemuda dan ahli PAS kawasan Pekan. Seekor lembu sumbangan ahli telah dikorbankan untuk jamuan pada malam tersebut.

Pada jam5.30 petang, majlis ini diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada golongan kurang upaya dan miskin. Sumbangan ini datang dari tabung PAS Kawasan Pekan dan Nisa' Pekan. Lebih 40 keluarga menerima sumbangan tersebut.

Sekitar Jam7.00 malam, kehadiran peserta iftar jamaei menjangkau lebih 30o orang dan keadaan agak sesak ketika pengambilan makanan. Namun Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan yang bertanggungjawab kepada urusan jamuan berjaya mengawal keadaan dan jamuan berbuka puasa tersebut berjalan dengan lancar dan teratur.

Pada sebelah malamnya, solat magrib dan isya' serta sunat terawikh diadakankan. Dan majlis berakhir dengan Tazkirah Ramadhan yang sangat menarik disampaikan oleh Pemangku Dewan Pemuda PAS Negeri Ustaz Suhaimi Saad. Penyampaian dalam bentuk LCD dan slide sungguh menarik dan memaku ramai ahli jemaah yang pernah melihat pembentangan kuliah atau tazkirah dalam bentuk lebih moden dan canggih. Ustaz Suhaimi berjaya membawa ahli jemaah membuka minda ahli Jemaah yang terdiri dari pelbagai kumpulan masyarakat tentang kerja buat kerajaan BN yang terpesong dalam pentadbiran negara kita.






Wednesday 17 September 2008

SANTAPAN ROHANI

Hadith Riwayat : Ahmad - Bukhari - Muslim - Abu Dawud - Tarmidzi dan Nasa`i

`Apabila hari sangat panas,maka dinginkanlah kamu dengan meringankan solat zohor kerana sesungguhnya panas yang tinggi adalah dari hembusan Jahanam`


MEMILIH SAHABAT


Hukamak berkata ` Sekiranya kamu ingin mengetahui akan tingkah laku , peribadi atau sifat seseorang itu tidak perlulah bertanyakan sana sini ..cukup hanya kamu melihat siapakah kawan-kawannya dan orang yang disayanginya kerana seseorang itu akan mengikuti kelakuan dan perbuatan orang yang ianya berkawan...

Iftar Ramadhan Perdana



17 Ramadhan 1429 iaitu kelmarin , PAS Kawasan Pekan dengan kerjasama semua dewan-dewan dalam PAS Kawasan serta komitmen yang tinggi dari pihak AJK Surau Taman Sepekan Jaya telah berjaya melaksanakan program berbuka serta sumbangan kepada golongan masyarakat mustadaffin sekitar DUN Peramu Jaya.

Program yang bermula jam 6 petang dengan penyampaian sumbangan kepada fakir miskin yang berbentuk keperluan asas seperti beras dan gula serta wang tunai seadanya telah berjaya mengenalpasti golongan ini seramai 40 orang penerima.
Sumbangan juga turut disempurnakan dengan penyampaian sumbangan kepada remaja yang keluarga mereka kurang mampu dianjurkan oleh NISA Kawasan Pekan bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung.Program ini yang dikenali dengan nama Small Kindness telah menjadi rutin tahunan NISA Kawasan Pekan.

Kemeriahan Iftar Ramadhan Perdana ini diserlahkan lagi dengan kehadiran hampir 300 tetamu yang hadir dari seluruh pelusuk Parlimen Pekan.

Program ini yang turut dihadiri Ketua Ulamak PAS Negeri Pahang merangkap Yang Dipertua PAS Pekan Al Fadhil Ust Abu Kassim Manaf diakhiri dengan slot tazkirah menarik menggunakan power point oleh penceramah terkenal Ust Suhaimi Saad yang juga merupakan tenaga besar Dewan Pemuda PAS Pahang.

Sunday 14 September 2008

NISFU RAMADHAN

Renungan di pertengahan Ramadhan....
Saya mestilah muslim pada beribadat......

Maksud firman Allah - Adz Dzaariyaat 56-57

`Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku.Aku sesekali tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan`

1- Ibadat yang saya lakukan haruslah merupakan ibadat yang khusyuk.Dapat merasakan perhubungan dengan Allah dan kelazatan ibadat yang khusyuk itu.Rasul SAW bersabda `Berapa banyak orang yang berpuasa sedangkan mereka sebahagianya sekadar mendapat rasa lapar dan dahaga` diriwayat oleh An Nasa`i dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah..

2- Sewaktu melakukan ibadat saya haruslah menghadirkan diri dan hati serta membebaskan diri dari ingatan kepada urusan keduniaan seperti sabda Rasul SAW `Allah tidak melihat solat lelaki yang tidak menghadirkan hatinya bersama badannya`

3- Dalam melakukan ibadah saya mestilah merasa tamak yang tidak bercukupan dan tidak merasa kenyang.

Renungan dari kitab tulisan Fathi Yakan


Thursday 11 September 2008

PUASA - SATU RENUNGAN

Assalamualaikum wbth...

Puasa dah masuk fasa ke dua,fasa keampunan dari ALLAH ,pintu syurga terbuka bagi mereka yang memohon kemaafan walau sebesar mana dosa kecuali syirik..

Puasa sebenarnya mendidik kita kenal akan ALLAH , yakin Allah melihat kita dan yakin bahawa ganjaran puasa ditentukan oleh Allah yang tak sama nilainya dengan mereka yang lain. Jika sembahyang jemaah mendapat 27 pahala tapi puasa Allah tentukan tanpa dimaklumkan nilainya secara jelas.

Kalau sembahyang pergerakkannya diperlihatkan tapi puasa tiada beza samada puasa atau tidak berpuasa.Contoh :- Selalu kita mendengar skrip ini`Abah sedang sembahyang` jawap anak melalui telefon tapi tidak pernah lagi skrip itu berubah menjadi ` Abah sedang berpuasa`bila soalan pemanggil bertanyakan abah ada atau tidak di rumah...so yakin kita akan Allah melihat tapi adakah kita yakin pada amalan ibadat yang lain? Sedangkan kita tahu Allah maha melihat sebilang masa,tempat , keadaan , cuaca dan sebagainya..

jadi renunglah bersama-sama

wassallam

Wednesday 10 September 2008

10 KE 2 - KEAMPUNAN

Assalamualaikum...

Dah agak lama Lajnah Tarbiah DPP Pekan tidak mengemaskini posting yang terkini..dengan itu bersempena dengan fasa ke2 ramadhan yang menjanjikan keampunan dari Yang Maha Esa maka LT DPP Pekan menyusun 10 jari tangan memohon kemaafan dari semua pelawat laman ini atas kehilangan bayang LTarbiah...

L Tarbiah mengambil kesempatan ramadhan ini dengan sesama mengingati agar ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya.Sholat tarawih kita kali ini penuhkan saf hingga ke hujung ramadhan dan jangan tukar gear rendah pada 10 malam ke 2 ini..tak kira buat 8 atau 20...mintak ampun banyak-banyak dengan ALLAH pasal kita dok lalai sokmo...maka dengan itu renunglah pendapat ulamak :

10 senjata halang SYAITAN

- Banyakkan berzikir
- Bersugi
- Baca doa pagi dan petang
- Banyak selawat pada Nabi SAW
- Banyakan baca Al Quran
- Baca Yaasin setiap pagi
- Sholat berjemaah
- Sholat taubat
- Tutup aurat dengan sempurna
- Berwudhuk sebelum tidur