Wednesday 7 November 2007

JENAYAH DAN RASUAH : MALAYSIA DIAMBANG BAHAYA !
Gejala rasuah dan jenayah adalah penyakit ummat di mana – mana negara . Kejatuhan bangsa dan negara adalah berpunca dari kegagalan manusia mengurus penyakit rasuah dan jenayah .


Sejarah membuktikan tamadun manusia hancur dan musnah disebabkan berlakunya penyelewengan kuasa ( rasuah ) dan peningkatan jenayah . Empayar Rom dan Parsi suatu ketika dahulu , begitu hebat dan gagah musnah akibat berlakunya rasuah dan jenayah .

Umum mengetahui rasuah adalah jenayah korporat paling bahaya . Indeks rasuah di negara – negara seluruh dunia menunjukkan fenomena dan amalan rasuah Malaysia setaraf dengan negara – negara mundur , menjatuhkan maruah negara dan bangsa Malaysia .

Dalam masa yang sama , negara juga berdepan dengan situasi jenayah yang kian hari kian membimbangkan . Aktiviti penyalahgunaan dadah , along , penculikan , gengsterisme , kongsi gelap , pelacuran , rempit serta perniagaan barang – barang terlarang terlah menjadi suatu yang semakin menghimpit keamanan negara .

Kini rakyat Malaysia diambang bahaya . Tubuh manusia sudah menjadi barang yang tidak berharga . Kita sudah mangli mendengar berita penculikan , rogol , bunuh , rompak , samun , peras ugut , pukul , yang berlaku setiap saat .